Peniaga Kampung Jaya Gading

Iklan
Peniaga nasi ayam dan briyani, Mohd Ridzuan Khalid (kiri) bersama pekerjanya semasa menjalankan perniagaan di tepi jalan di Kampung Jaya Gading hari ini.

Mohd Ridzuan mengakui agak sukar untuk mendapatkan ayam proses berikutan kekurangan bekalan ayam di pasaran namun masih dapat meneruskan perniagaan dengan masih mengekalkan harga jualan RM5 sebungkus.

Mesyuarat Kabinet membuat ketetapan baru-baru ini iaitu eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil. Ia sebagai langkah jangka pendek kerajaan terhadap isu bekalan serta harga ayam. - Foto Bernama