Usahawan perlu ada strategi untuk menang melawan ketidaktentuan ekonomi

Iklan
Azizan (kiri) ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media yang turut dihadiri Radz.

SHAH ALAM – Usahawan dinasihatkan supaya mencari langkah proaktif di sebalik peningkatan kadar faedah pinjaman bank susulan kawalan terhadap inflasi.

Mentor Usahawan, Datuk Dr. Azizan Osman berkata, peningkatan kadar faedah pinjaman tersebut dijangka memberi kesan terhadap kuasa membeli rakyat manakala usahawan berhadapan pelbagai kenaikan kos bahan mentah mahupun kos operasi.

Iklan
Iklan

"Banyak bantuan diberikan kerajaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) susulan pandemik Covid-19 dalam bentuk moratorium, insentif dan pinjaman. Namun inisiatif yang akan berakhir tidak lama lagi ini dijangka akan menaikkan kadar hutang tak berbayar (NPL).

"Belum ada data rasmi dikeluarkan di negara ini, bagaimanapun kebanyakan negara asing sekarang mengunjurkan NPL di negara itu akan naik secara ketara.

Iklan

"Ini memberi kesan besar terhadap ekosistem ekonomi berikutan ketidakmampuan membayar pinjaman. Bisnes tidak lagi dapat membayar cukai dan banyak lagi kesan rantaian lain yang akhirnya merugikan negara,” kata Azizan dalam satu sidang akhbar di Setia Alam, dekat sini pada Sabtu.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri RichWorks 2022 diserikan dengan persembahan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. Terdahulu, Azizan yang merupakan pengasas RichWorks meraikan kira-kira 300 usahawan jutawan dan tetamu dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri RichWorks 2022.

Iklan

Kata Azizan, usahawan perlu cepat mencari langkah strategik untuk menang berbanding pasaran semasa atau pesaing terdekat masing-masing.

"Kadar pemulihan SME, saya percaya ramai tidak tahu bagaimana untuk mengurus keadaan ini, mereka perlu ada strategi penyelesaian.

"Kami juga ingin menjemput mana-mana badan, agensi kerajaan atau kementerian untuk bersama-sama menggunakan platform RichWorks dalam membantu usahawan bangkit daripada kesan pandemik Covid-19,” katanya.

Sementara itu, kata Radz, seramai 9,000 usahawan memohon untuk menyertai program Bangkit Bisnes Dari Krisis yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Jun ini di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini.

"Kita masih lagi membuka pendaftaran bagi program ini di www.binabisnesberjaya.com. Kita juga sedang mempertimbangkan untuk memasang beberapa khemah besar serta layar skrin gergasi supaya mereka yang tidak dapat masuk ke pusat itu, dapat mengikuti program berkenaan," kata Radz.