UniSZA, OXCIS meterai MoU

Iklan
MoU yang diwakili Dr Fadzli Adam (dua dari kanan) dan Richard Makepeace (dua dari kiri) diadakan pada 25 Mei lalu di London, United Kingdom.

KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama Oxford Centre For Islamic Studies (OXCIS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan perkongsian akademik dan penyelidikan secara lebih meluas.

MoU yang diwakili Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Fadzli Adam dan Pendaftar OXCIS, Richard Makepeace diadakan pada 25 Mei lalu di London, United Kingdom.

Iklan
Iklan

Menurut Profesor Dr Fadzli, MoU itu dijangka dapat menambahkan jaringan antarabangsa dan penembusan pasaran graduan serta staf UniSZA.

"Antara perancangan bidang kerjasama meliputi aspek program mobiliti dan pertukaran pelajar/staf akademik dan pentadbiran; penyelidikan bersama; pemeriksa/penilai luar bagi pascasiswazah; pertukaran maklumat, penerbitan, laporan dan lain-lain perihal akademik.

Iklan

"Selain itu, terdapat program syarahan akademik dan perbincangan meja bulat antara staf akademik bersama OXCIS, United Kingdom," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

MoU tersebut disaksikan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Profesor Datuk Dr Husaini Omar yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Bahagian Governan Institusi Pengajian Tinggi Awam, Jabatan Pengajian Tinggi KPT, Ahmad Rizal Adnan serta Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, Apli Yusoff.