Sheeren raih emas di Amerika Syarikat

Iklan
Shereen Samson Vallabouy

ATLET olahraga negara Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencipta sensasi apabila meraih emas acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Individu Divisyen II Trek dan Padang di Michigan, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Menerusi keputusan di laman rasmi Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), Shereen yang mewakili Winona State University mencatatkan 52.68 saat (s) mengatasi rekod peribadi 53.79s yang dilakukan di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan di Kansas, Amerika Syarikat pada 12 Mac lepas.

Iklan
Iklan

Ayana Field (53.44s) yang mewakili Cal Poly Polmona di tempat kedua manakala Hanna Williams (53.49s) dari Missouri Western di tempat ketiga.

Sebelum ini, Shereen menjadi sebutan selepas melebur rekod kebangsaan milik Noraseela Mohd Khalid 54.58s yang dilakukan pada 2006.

Iklan

Atlet berusia 23 tahun itu adalah anak bongsu kepada bekas bintang olahraga negara Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar. - Bernama

Iklan