KUALA LUMPUR - GHL Systems Bhd telah mendapat kontrak bernilai RM25.03 juta untuk mereka dan membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan membabitkan subsidi petrol RON95.
Kontrak tersebut diperolehi melalui anak syarikatnya, GHL Transact Sdn Bhd, daripada Kementerian Kewangan, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.