'Hanya parti berhak umum kerusi akan ditandingi'

Iklan
Mujahid

PARIT BUNTAR - Hanya parti berhak mengumumkan secara rasmi kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, rundingan kerusi dibincangkan secara bersama dengan semua pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setelah dipersetujui kesemua parti barulah ia boleh diumumkan secara rasmi.

"Saya rasa mana-mana parti boleh menuntut apa sahaja kerusi yang dia layak untuk tuntutlah, itu hak dia. Tapi akhirnya keputusan rasmi mestilah melalui organisasi.

Iklan

"Sebagai Pakatan Harapan, ia mesti melalui endorsement daripada kita. Jadi kemudian barulah kita boleh secara rasmi umum apa yang dituntut itu setelah dipersetujui sebagainya maka dia akan dimuktamadkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan Negeri Perak di Tapak Laman Pengantin, Simpang Tiga, di sini pada Ahad.

Mujahid menyampaikan ucapan pada pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan Negeri Perak di Tapak Laman Pengantin, Simpang Tiga, di sini pada Ahad.

Mujahid berkata, segala keputusan mengenai pembahagian kerusi akan dibuat secara konsensus atas persetujuan semua pihak.

Iklan

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menjelaskan hanya 20 peratus pembahagian kerusi yang belum selesai melibatkan pertindihan kerusi ditinggalkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

Menurutnya, 80 peratus lagi kerusi selesai diagih dan dimuktamadkan untuk ditandingi ketiga-tiga parti di dalam PH.

Ketua Pembangkang Perak, Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini beberapa kali menyatakan hasrat secara terbuka untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun bagaimanapun tindakan itu tidak disenangi Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).