Johari tewas di Cabang Sungai Petani

Iklan
Gambar dari kiri: Zamri, Che Mat Dzaher, Johari

ALOR SETAR - Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul tewas di tangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min bagi merebut jawatan Ketua Cabang Sungai Petani dalam Pemilihan PKR 2022 yang diumumkan pada Ahad.

Menerusi keputusan dipaparkan di laman web https://pemilihankeadilan2022.com Johari sekadar mendapat 464 undi manakala Tze Min mendapat 567 undi dengan majoriti 103 undi.

Iklan
Iklan

Bekas Timbalan Pengerusi MPN Kedah, Che Mat Dzaher Ahmad kalah di Cabang Pokok Sena dengan jumlah undi sebanyak 137 undi.

Penyandang Ketua Cabang Alor Setar, Datuk Zamri Yusof mempertahankan kedudukannya selepas menang 270 undi di Alor Setar dengan majoriti 140 undi mendahului pencabar terdekatnya, Ismail Feisol yang hanya meraih 130 undi.

Iklan

Bekas Naib Pengerusi MPN Kedah Nasrul Omar Che Mansor juga tewas di Cabang Kubang Pasu setelah meraih 67 undi sahaja.

Dalam pada itu, Bekas Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari yang bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Jerai kalah selepas sekadar meraih 141 undi berbanding pencabar terdekatnya Nazri Abdullah yang mendapat 191 undi dengan majoriti 50 undi.

Iklan