'Beratnya tugas wartawan'

Iklan
Ahmad Samsuri

SHAH ALAM - Tugas dan peranan wartawan masa kini amat berat, khususnya dalam membetul dan menyampaikan berita sahih.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terlalu banyak penyebaran berita palsu sehingga menimbulkan keadaan kacau-bilau dalam masyarakat dunia hari ini.

Iklan
Iklan

"Terima kasih para pengamal media dan wartawan yang berdedikasi dalam menjalankan tugas untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Selamat Hari Wartawan Nasional 2022 kepada semua wartawan seluruh Malaysia dan Terengganu khususnya,” katanya dalam coretan di Facebook pada Ahad.

Iklan

Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 disambut pada Ahad dengan majlis kemuncak sambutan diadakan di Banda Hilir, Melaka.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan Anugerah Hari Wartawan Nasional kepada Kumpulan Karangkraf, yang diterima Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Iklan