LIVERPOOL berhak mendapat keputusan lebih baik berbanding kekalahan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris, bertekad bangkit lebih bertenaga pada saingan musim depan.
Itu keyakinan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, keyakinan itu hadir selepas menyaksikan para pemain The Reds menguasai rentak permainan sepanjang tempoh perlawanan di Stade de France tersebut.
Jelas Klopp, para pemain Liverpool telah melakukan banyak perkara yang positif dalam perlawanan tersebut, namun masih tidak cukup menghadiahkan keputusan positif.
"Kami mempunyai lebih banyak percubaan, namun statistik memihak Real Madrid apabila mereka menjaringkan gol sebaliknya kami tidak.
Itu penjelasan paling mudah dalam dunia bola sepak, biarpun sukar dan agak keras.
"Apabila penjaga gol Thibaut Corutois menjadi pemain terbaik perlawanan akhir ini maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan lawan.
"Kami boleh bermain bola sepak yang lebih baik dan mereka boleh melakukannya, sebaliknya mereka tidak melakukannya.
Statistik adalah 50-50 tetapi, selain daripada gol, mereka tidak mempunyai percubaan ke sasaran,” kata Klopp.
Untuk rekod ini merupakan kejuaraan keempat Liga Juara-Juara Real dalam tempoh tujuh tahun apabila Los Blancos meningkatkan rekod mengagumkan dalam kejuaraan tersebut.
Courtois melakukan beberapa penyelamatan hebat yang melindungi pendahuluan Real Madrid dari minit ke-59, apabila Liverpool melakukan 23 percubaan ke arah gol berbanding tiga gol dari Real Madrid.