Manchester United, Rangnick berpisah

Iklan
Ralf Rangnick

KELAB gergasi Inggeris, Manchester United mengesahkan Ralf Rangnick bakal meninggalkan The Red Devils apabila tidak meneruskan peranan sebagai perunding kelab seperti dirancang sebelum ini.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ralf Rangnick atas usahanya sebagai pengurus sementara sejak enam bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Dengan persetujuan bersama, Ralf kini akan memberi tumpuan kepada peranan baharunya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria dan tidak akan mengambil peranan sebagai perunding di Old Trafford.

"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ralf dalam perjalanan karier seterusnya," kata kenyataan Manchester United pada Ahad.

Iklan

Rangnick dilantik pengendali sementara Manchester United pada Disember lalu sehingga akhir musim sebelum dilantik perunding kelab pada penghujung musim.

Beliau bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal skuad utama di Old Trafford selama enam bulan, namun gagal meletakkan kelab dalam kedudukan terbaik apabila sekadar mengakhiri saingan pada kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris.

Iklan