ARENA sepak takraw Malaysia kehilangan seorang legenda emas negara apabila Rehan Mohamad Din meninggal dunia di kediaman keluarganya di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor malam tadi.
Perkhabaran mengenai Raja Libas Malaysia era akhir 80-an dan awal 90-an berusia 54 tahun itu dimaklumkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di laman Facebook persatuan tersebut.
Iklan
Iklan
"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Rehan Mohamad Din (Lagenda Emas Negara) yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Mei 2022 di kediaman keluarganya di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim.
"PSM mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan jasa beliau ketika mewakili negara sebagai pemain dan juga jurulatih yang amat dihargai dan akan dikenang sepanjang zaman. Al Fatihah," katanya.
Untuk rekod, Allahyarham pemenang dua pingat emas regu berpasukan dan antara regu Sukan Asia Beijing 1990, bergandingan dengan Nordin Sabarudin (tekong) dan Abd Malik Samsudin (apit kiri pengumpan) menewaskan Thailand 2-1 dan 2-0 dalam perlawanan akhir.
Turut memperkasakan skuad takraw negara temasya di China itu Ahmad Jais Baharun, Shaari Hashim, Rosli Ab Rahman, Noor Rani Adnan, Raziman Hassan, Ku Halim Ku Musa, Mohd Noor Abdullah, Baharum Jahar dan Suhaimi Yusof.
Artikel Berkaitan