Serangan militan Boko Haram di Niger ragut 12 nyawa

Iklan
Militan Boko Haram melancarkan pemberontakan di timur laut Nigeria sejak 2009, dan sering menyasarkan kawasan perkampungan. - Foto AFP

NIAMEY - NIGER. Sepuluh orang dilapor maut termasuk dua pengebom bunuh diri wanita susulan serangan militan Boko Haram di sebuah bandar di timur Niger, kata datuk bandar tempatan.

"Dua pengebom wanita dikatakan meletupkan diri disusuli tembakan oleh penyerang bersenjata.

Iklan
Iklan

"Seorang daripada pengebom wanita terbabit meletupkan dirinya di halaman rumah seorang anggota polis yang terletak dalam kem polis, manakala seorang lagi meletupkan diri berhampiran sebuah dewan," kata datuk bandar N'Guigmi, Abba Kaya Issa sambil menambah tujuh yang lain dilaporkan cedera.

Seorang penduduk tempatan berkata, beberapa rumah berhampiran turut terbakar susulan letupan terbabit, sementara kanak-kanak yang cedera dalam kem polis dibawa ke hospital berhampiran.

Iklan
Iklan

Dianggarkan 27,000 orang terkorban manakala dua juta yang lain kehilangan tempat tinggal sejak militan Boko Haram melancarkan pemberontakan di timur laut Nigeria pada 2009 dan ia telah mengjangkau sehingga ke Burkina Faso, Niger dan Chad.- AFP