Sebutan semula inkues 'Baby Syifaa' pada 29 Jun depan

Iklan
Muhammad Amin (kanan) dan Yuseri (dua dari kanan) ketika sidang akhbar yang diadakan di luar mahkamah pada Isnin.

SEREMBAN - Inkues berkaitan kematian seorang bayi perempuan berusia 15 bulan di sebuah pusat jagaan di daerah ini pada Februari lalu yang sepatutnya bermula pada Isnin di Mahkamah Koroner Seremban ditangguhkan pada 29 Jun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh baharu itu selepas dimaklumkan koroner yang mengendalikan inkues itu tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Iklan
Iklan

Pada prosiding itu, Pegawai Pengendali Inkues, Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad memberitahu, pihaknya bercadang memanggil 10 saksi dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk prosiding kes itu.

Peguam pemerhati keluarga, Muhammad Amin Anuar pula memberitahu mahkamah ada 10 saksi dicadangkan namun meminta pihak pendakwaan memberi senarai saksi bagi mengelakkan percanggahan.

Iklan

"Pihak kami juga nak mohon salinan dokumen seperti laporan forensik, kimia, patologi, post mortem dan semua dokumen berkaitan dengan prosiding inkues ini," katanya.

Sebelum itu, bapa kepada 'Baby Syifaa', Yuseri Yusoff, 39, hadir di mahkamah untuk mendengar proses inkues tersebut bersama barisan peguam pemerhatinya, Muhammad Amin, Musfira Mohd Fahmi dan Gaithri Thomas.

Iklan
oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan pada jam 4.30 petang selepas seorang wanita yang juga pengasuhnya membawa mangsa ke klinik itu untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dilaporkan berkata, polis merakam keterangan 18 individu termasuk pengasuh dan ibu bapa kepada bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan terbabit.

Katanya, hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban merumuskan punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher.

Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati pusat jagaan kanak-kanak itu juga tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beroperasi sejak penghujung tahun 2019.

Beliau turut dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Pada 30 Mac lalu, Yuseri meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkembangan siasatan polis yang didakwa belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.