PENYERANG Liverpool, Sadio Mane dilaporkan bakal meninggalkan Liverpool pada musim panas ini.
Ia selepas pemain berusia 30 tahun sebelum ini enggan mendedahkan keputusannya sama ada mahu kekal di Liverpool untuk tempoh masa yang panjang.
Malah Mane ketika ditemu bual selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid turut memberi jawapan seolah-olah dia akan berhijrah ke kelab lain.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua pihak termasuklah peminat-peminat Liverpool. Anda seseorang yang sangat menakjubkan.
"Untuk bos (Jurgen Klopp), saya mahu berterima kasih untuk segala tunjuk ajar yang diberikan dan saya doakan pasukan ini akan terus berjaya di mata dunia,” katanya.
Difahamkan ketika ini, kelab Bundesliga Bayern Munich sanggup untuk membayar £25 juta bagi mendapatkan pemain sayap itu.
Mane dilihat pengganti yang sesuai bagi mengisi posisi yang akan ditinggalkan Serge Gnabry pada musim panas ini.