Pemilihan PKR: Keputusan rasmi diumum 25, 26 Jun

Iklan
Ahli PKR mencelup jari ke dalam dakwat kekal sebelum melakukan proses pengundian pemilihan secara fizikal ketika tinjauan pemilihan PKR 2022 Cabang Tambun di Pusat Pengundian Dewan AD Catering dan Canopy Bercham pada 22 Mei lalu. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Keputusan rasmi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 akan diumumkan pada 25 dan 26 Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan yang akan diumumkan pada Kongres PKR 2022 itu nanti merupakan keputusan muktamad bagi pemilihan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan tidak rasmi di peringkat cabang telah pun dipamerkan semalam di laman sesawang Pemilihan PKR 2022 seperti mana yang telah dijadualkan.

Dr Zaliha Mustafa

"Keputusan yang bakal diumumkan ini masih tertakluk kepada keputusan aduan dan bantahan yang telah diterima oleh JPP yang masih dalam proses siasatan oleh Panel Aduan JPP.

Iklan

"Justeru, pengumuman keputusan rasmi akan dibuat di Kongres PKR yang telah dijadualkan akan berlangsung pada 25 Jun dan 26 Jun ini.

"Keputusan yang akan diumumkan merupakan keputusan muktamad bagi Pemilihan PKR 2022,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pemilihan PKR 2022 berakhir pada Ahad setelah menyaksikan pengundian semula di 12 cabang melibatkan beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Sabah.