Buat pesanan Go-Food 185 kali

Iklan
Sebahagian penghantar online itu turut meminta remaja terbabit membayar pesanan Go-Food yang dibuatnya.

SUKOHARJO - INDONESIA. Rumah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Desa Cemani, Grogol, Sukoharjo, Jawa Tengah didatangi puluhan perkhidmatan online, Grab dan GOJEK pada malam Isnin lalu.

Insiden itu turut mengejutkan keluarga FAF.

Iklan
Iklan

"Saya baru tahu kesemua mereka datang ke rumah kami kerana pesanan Go-Food yang dilakukan anak saya," kata bapanya, MF.

Difahamkan, FAF telah memesan makanan melalui perkhidmatan dalam talian itu sebanyak 185 kali.

Iklan

Menurut MF, situasi agak panas apabila sejumlah penghantar online itu meminta FAF bertanggungjawab membayar kesemua pesanan Go-Food yang dibuatnya.

Pelajar kelas 1 SMP itu didakwa melakukan perbuatan itu selama hampir tiga minggu.

Iklan

Susulan kejadian itu, telefon bimbitnya telah dirampas pihak berkuasa dan kes itu dilaporkan telah selesai. - Tribunnews