KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melaksanakan kajian kebolehlaksanaan untuk pembangunan bekalan tenaga dan infrastrukur berkaitan di Lembah Silika Terengganu di Marang.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata kajian yang dijalankan bersama syarikat milik kerajaan negeri, Terengganu Inc, itu membabitkan penilaian teknikal dan komersial bagi membangunkan bekalan tenaga asli, janakuasa tenaga serta bekalan gas perindustrian dan bekalan gas lain berkaitan di Lembah Silika.
"Kami menjangka menyiapkan kajian itu dalam masa 18 bulan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan tandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara Petronas dan Terengganu Inc, di sini, hari ini.
MoU itu ditandatangani antara Naib Presiden Petronas Malaysia Petroleum Management, Zamri Jusoh dan Pengarah Terengganu Inc, Datuk A Rahman Yahya.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, yang turut menyaksikan majlis itu berkata, MoU berkenaan termasuk cadangan membangunkan saluran paip penghantaran dan pengedaran gas ke projek berkenaan bagi membolehkan bekalan gas melalui rangkaian pemanfaatan gas semenanjung daripada sistem bekalan gas sedia ada.
Katanya, pembangunan Lembah Silika sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan negeri, bagaimanapun beliau enggan memberitahu jumlahnya dan mengatakan bahawa, cadangan itu masih di peringkat awal.
Dengan nilai pembangunan kasar RM13 bilion, Lembah Silika akan dibangunkan dalam dua fasa - 470 hektar pada fasa pertama dan 3,520 hektar dalam fasa kedua.
Projek berkenaan dijadualkan siap antara 10 hingga 15 tahun dan menyediakan 7,200 pekerjaan.
Sementara itu, berkenaan hasil mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) hari ini, Wan Zulkiflee berkata, pelan cadangan PETRONAS adalah berasaskan penerusan pemotongan pengeluaran.
"Pada masa lalu, kami mematuhi pemotongan pengeluaran 20,000 tong sehari dan kami perlu melihat kesan mesyuarat berkenaan,” katanya.
Mesyuarat OPEC dijadualkan diadakan di Vienna hari ini, yang menyasarkan mencapai persetujuan terhadap tahap pengeluaran untuk enam bulan akan datang.
Kartel berkenaan kemudiannya akan menemui rakan gabungan bukan OPEC esok, dengan pasaran menjangkakan perikatan tenaga berkenaan mengumumkan pengurangkan pengeluaran yang banyak antara 1.2 juta hingga 1.4 juta tong sehari bermula Januari.
PETRONAS sebelum ini mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 20,000 tong sehari sejajar dengan usaha OPEC dan gabungannya terhadap penyelesaian limpahan bekalan global. - Bernama