1,171,888 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Iklan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah PICKids setakat Isnin. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Seramai 1,171,888 atau 33 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat Isnin.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,720,411 atau 48.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,596 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,010,184 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,096,363 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,974,497 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,151 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan

Sebanyak 10,803 dos harian diberikan pada Isnin meliputi 5,322 dos pertama, 3,491 dos kedua dan 1,990 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,923,930.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan empat kematian akibat Covid-19 Jumaat dengan dua kes di Kedah dan masing-masing satu kes di Melaka dan Negeri Sembilan. - Bernama

Iklan