Gagal berpaut anak hanyut

Iklan
Detik cemas tiga beranak tular di media sosial.

TEHERAN-IRAN. Bagaikan tsunami.

Itu gambaran awal apabila melihat video tragis banjir teruk di Iran yang meragut lebih 23 nyawa dan lebih 200 cedera dalam bencana itu.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 23 saat itu memaparkan tiga beranak sedang berpaut pada sebatang tiang ketika arus deras melanda kawasan berkenaan.

Sobhan Hassanvand juga dipercayai wartawan tempatan telah memuat naik video itu semalam di Twitter miliknya yang kini meraih 2.12 juta tontonan dari netizen.

Iklan

Nyata video tragis itu mengundang rasa sedih netizen kerana si bapa telah kehilangan dua anaknya dalam sekelip mata.

Memetik Al-Jazeera, hujan lebat selama 15 minit telah mengakibatkan banjir semakin deras di bandar Shiraz.

Iklan

Banyak kenderaan hanyut di bawa arus, lebih menyayat hati apabila terdapat pemandu terperangkap dalam kenderaan dan tidak sempat menyelamatkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: 19 maut, berpuluh cedera banjir buruk di Iran

Penduduk juga dilihat lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri apabila arus banjir bagaikan tsunami melanda kawasan itu.