Eagles Diving Academy Malaysia harumkan nama negara di Jakarta

Iklan
Antara atlet Eagles Diving Academy Malaysia yang berjaya mengharumkan Malaysia di Jakarta baru-baru ini.

ALOR SETAR - Eagles Diving Academy Malaysia mengungguli kejohanan 2nd Tirta Taruna 66 Artistics Swimming and Diving Cup di Jakarta yang berlangsung pada 20 hingga 21 Mei lalu.

Penaung Eagles Diving Academy Malaysia, Datuk Jawiyah Che Dan berkata, pasukan yang membawa seramai 13 atlet itu berjaya membawa pulang 11 pingat emas, empat pingat perak dan lima pingat gangsa.

Iklan
Iklan

Katanya, kejayaan itu mengetepikan 28 kelab lain yang berentap di peringkat antarabangsa tersebut.

"Kesemua peserta berusia antara lapan dan 21 tahun menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih Abdul Rashid Muhammad.

Iklan

"Alhamdulillah, ini adalah kejayaan manis bagi akademi dan menyuntik semangat serta keyakinan atlet untuk mengikuti kejohanan lain mewakili negara," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Menurutnya, akademi akan menganjurkan satu kejohanan sama pada Ogos depan yang diadakan di Mahsa University Bandar Saujana Putra.

Iklan

"Kejohanan ini juga akan disertai oleh beberapa negara termasuk Thailand, Kuwait dan Indonesia.

"Sebenarnya penting untuk kita terus mendedahkan atlet dengan kejohanan sebegini supaya mereka dapat kumpul lebih banyak pengalaman dan meningkatkan kualiti atlet dalam akademi," katanya.