Bukan tunggu silap lawan tapi dominasi perlawanan: Pan-gon

Iklan
Pan-gon bercakap pada sidang media Pra Perlawanan Antarabangsa Tier 1 Malaysia menentang Hong Kong di Wisma FAM pada Selasa. - Foto Bernama

SELEPAS berjaya memulakan aksi persahabatan dengan cemerlang menentang Brunei, pasukan Harimau Malaya mahu meneruskan rentak terbaik itu ketika berhadapan Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kim Pan-gon berkata, bagaimanapun beliau tidak mahu pasukannya memenangi perlawanan menentang anak buah Jorn Andersen disebabkan kesilapan pihak lawan semata-mata.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, pengendali kelahiran Korea itu mahu melihat anak buahnya memenangi perlawanan tersebut dengan cara lebih meyakinkan iaitu dengan mendominasi perlawanan tersebut sambil lebih banyak mengamalkan taktikal menyerang.

"Sudah tentu sebagai seorang jurulatih, pemain dan peminat mereka mahukan kemenangan untuk pasukan. Sama juga seperti kami di sini yang ingin mencari kemenangan pada perlawanan ini.

Iklan

"Tetapi dalam bola sepak ada dua cara untuk memenangi perlawanan iaitu pasukan perlu bermain dengan cara proaktif iaitu menyerang dan mendominasi perlawanan. Ataupun mereka boleh menang dengan menunggu lawan buat kesilapan dan menghukum mereka.

"Bagi pasukan Malaysia, saya mahu mereka memenangi perlawanan dengan cara menyerang dan mendominasi perlawanan. Kita tidak mahu menang disebabkan kesilapan lawan.

Iklan

"Jika mereka bermain dengan cara ini, saya percaya ia bakal banyak membantu pasukan sebagai persiapan menjelang kelayakan Piala Asia 2023,” katanya pada sidang media sebelum perlawanan menentang Hong Kong di Wisma FAM pada Selasa.

Dalam pada itu, Pan-gon menyifatkan pertembungan menentang pasukan lamanya itu sangat dinanti memandangkan Hong Kong merupakan pasukan yang kini berada tahap yang sama seperti Turkmenistan.

Justeru, beliau mahu menggunakan perlawanan menentang Hong Kong itu sebagai medan untuk menambah baik lagi pasukan sebelum menentang pasukan Zamrud Hijau itu pada saingan kelayakan Piala Asia nanti.

"Kami sebenarnya memang tengah mencari pasukan yang sama tahap seperti Turkmenistan, sebagai persiapan sebelum menentang mereka di kelayakan Piala Asia dan saya rasa Hong Kong berada sama tahap seperti mereka.

"Jadi ia sesuatu perkara yang bagus untuk skuad kebangsaan supaya kita boleh lihat apa yang perlu diperbaiki dan kelemahan-kelemahan pasukan sebelum beraksi di saingan tersebut,” katanya.