Kementerian diminta percepat projek pembangunan: Ismail Sabri

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara yang berlangsung pagi Selasa.

Iklan
Iklan

"Di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas.

"Dalam masa yang sama, kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, dalam pada itu, intervensi segera juga akan diambil oleh agensi terbabit bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek-projek pembangunan. - Bernama

Iklan