Bekas Ahli Lembaga KLSCAH didakwa hantar video lucah pada peguam

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Lembaga Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Yeo Kwi Seng pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang bekas peguam wanita dengan menghantar video lucah melalui aplikasi WhatsApp tahun lepas.

Kwi Seng, 68, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Wong Pei Huan, 52, di Suite 5.05-5.10, Tingkat 5, Plaza Imbi di sini antara 23 Mei dan 16 Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Iklan
Iklan

Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan, Nom Phot Prackdit, memohon agar Kwi Seng diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Kitson Foong, yang mewakili tertuduh, tidak membantah jumlah itu.

"Kwi Seng merupakan bapa kepada dua anak dan dia seorang yang terkemuka. Oleh itu, tidak ada risiko untuk dia melarikan diri," kata peguam itu.

Iklan

Majistret Wong Chai Sia membenarkan Kwi Seng diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan kes. - Bernama

Iklan