Misi getir skuad ragbi buru tiket Piala Dunia 2023

Iklan
Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya (barisan kedua, duduk empat dari kiri) bersama pemain dan pegawai skuad ragbi negara.

SELEPAS hampir dua tahun tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif, skuad Bunga Raya 15 sebelah (15s) lelaki negara bakal menggalas cabaran pada Kejohanan Ragbi Asia 2022 di Incheon dari 4 hingga 9 Julai depan.

Kejohanan tersebut dianggap cukup penting buat skuad kendalian Rodney So'oialo itu dalam usaha mereka melayakkan diri ke pentas Piala Dunia 2023.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memaklumkan skuad negara akan membuka tirai kejohanan bertemu Korea Selatan di Stadium Namdung, Incheon pada 4 Jun.

"Bagi edisi kali ini, badan induk Ragbi Asia menggunakan format baharu yang mana perlawanan pembukaan akan menemukan pasukan ragbi kebangsaan menentang Korea Selatan dan pemenang akan menjadi tuan rumah bagi pertemuan menentang Hong Kong pada 8 atau 9 Julai.

Iklan

"Seterusnya pasukan yang menang perlawanan pada 8 atau 9 Julai akan layak ke perlawanan repecharge bertemu Tonga pada 23 Julai 2022 di Australia untuk penentuan tempat ke Piala Dunia Ragbi 2023,” menurut kenyataan KRM.

KRM menaruh harapan tinggi buat skuad Bunga Raya untuk memberi saingan sengit di pentas antarabangsa selepas hampir dua tahun tiada perlawanan kompetitif kerana Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak awal 2020.

Iklan

Barisan kendalian So'oialo dan dibantu Mohd Farid Syazwan Abu Bakar, Samuel Rupert Firth Jackson dan Redwan Mohamed Kastari yang dibarisi 24 pemain itu dijadualkan berlepas ke Incheon pada Rabu.