Musim menuai

Iklan
Sekumpulan petani wanita suku kaum Bidayuh bergotong-royong menuai padi bukit yang masak ranum melibatkan kawasan seluas 15 hektar di Kampung Gahat Mawang kira-kira 65 Kilometer dari Bandaraya Kuching.

Padi bukit atau padi huma diklasifikasikan sebagai varieti padi tradisional yang terdapat di Sabah dan Sarawak serta ditanam sekali setahun di lereng bukit dengan kaedah tebas dan bakar.

Sambutan Gawai Dayak bersifat umum dan boleh diraikan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama bagi menandakan penghasilan musim menuai dan juga menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman semula padi. - Foto Bernama