Bursa Malaysia pulih dibuka lebih tinggi

Iklan
Di peringkat tempatan, para pelabur ternyata lebih berhati-hati berikutan penurunan semalaman dialami oleh Wall Street. - Foto hiasan

BURSA Malaysia pulih daripada penyusutan yang dialami pada Rabu apabila dibuka meningkat sedikit pagi ini, disokong oleh minat belian saham-saham wajaran tinggi terpilih biarpun dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang lemah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.95 mata kepada 1,554.36 daripada 1,553.41 pada akhir dagangan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Indeks petunjuk utama tersebut dibuka 1.31 mata lebih tinggi kepada 1,554.72.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 124 berbanding 122, manakala 232 kaunter lain tidak berubah, 1,765 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Iklan

Jumlah dagangan sebanyak 169.34 juta unit bernilai RM54.66 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, FBM KLCI menyaksikan dagangan hari pertama Jun menyusut berbanding sesi sebelumnya, diasak oleh tekanan inflasi global yang berkemungkinan besar menjejaskan pemulihan ekonomi.

Iklan

Menurut firma pembrokeran itu, Wall Street susut apabila Indeks Dow Jones turun 0.5 peratus selepas Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ISM AS meningkat kepada 56.1 pada Mei 2022, sekali gus memburukkan lagi kebimbangan mengenai dasar lebih ketat oleh Rizab Persekutuan AS.

Pasaran saham Eropah juga kekal rendah manakala pasaran saham Asia pula ditutup dengan prestasi yang bercampur-campur.

Di peringkat tempatan, para pelabur ternyata lebih berhati-hati berikutan penurunan semalaman dialami oleh Wall Street.

"Bagaimanapun, peniaga mungkin menumpukan saham teknologi terpilih dengan lembaran imbangan yang kukuh serta keputusan kewangan suku tahunan yang semakin meningkat (sekurang-kurangnya dari segi pertumbuhan suku ke suku yang positif).

"Di pasaran komoditi, minyak mentah diniagakan sekitar AS$116 setong manakala minyak sawit mentah (MSM) didagangkan melebihi paras RM6,300 satu tan,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik enam sen kepada RM8.95, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.65, IHH Healthcare dan CIMB masing-masing meningkat satu sen kepada RM6.51 dan RM5.21 manakala Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM10.02.

Bagi saham aktif, Sapura Energy turun setengah sen kepada 6.5 sen, Dolphin International naik satu sen kepada 6.5 sen manakala Fast Energy, KNM dan Cypark tidak berubah masing-masing pada 4.5 sen, 15 sen dan 39 sen.

Di papan indeks, FBM ACE naik 6.05 mata kepada 5,189.70, Indeks FBM Emas Syariah turun 2.78 mata kepada 11,410.72, Indeks FBM Emas meningkat 3.66 mata kepada 11,074.55, Indeks FBMT 100 meraih 5.48 mata kepada 10,774.27 dan FBM 70 menambah 2.19 mata kepada 13,236.82.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.77 mata kepada 199.89 manakala Indeks Perladangan meningkat 27.09 mata kepada 7,963.64 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 26.20 mata kepada 16,772.79. - Bernama