Ozil mahu ‘gantung but’ bersama Fenerbahce

Iklan
Ozil - Foto The Sun

BINTANG Jerman, Mesut Ozil menegaskan keputusannya untuk menamatkan karier bola sepaknya di kelab Turki, Fenerbahce satu keputusan muktamad.

Menurut pemain berusia 33 tahun itu, dia sememangnya mengimpikan untuk mengakhiri karier bola sepaknya di kelab berkenaan yang sememangnya diminati sejak zaman kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Keputusan saya muktamad. Saya mahu menamatkan karier bola sepak saya bersama Fenerbahce dan tiada apa yang boleh mengubah keputusan itu.

"Baru-baru ini, saya telah membuat kenyataan berhubung karier bola sepak saya dan untuk pengetahuan semua, saya telah melengkapkan perkara itu dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah bersama Fenerbahce.

Iklan

"Kelab ini adalah kelab yang saya paling minati pada zaman kanak-kanak dan saya rela beraksi untuk kelab ini walau tanpa sebarang bayaran bagi tempoh enam bulan pertama,” katanya.

Untuk rekod, Ozil menyertai Fenerbahce setelah meninggalkan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal pada Januari 2021 dengan menandatangani kontrak sehingga 2024.

Iklan

Bagaimanapun Ozil digantung perlawanan Mac lalu apabila mendedahkan dia tidak menerima sebarang bayaran selama tempoh enam bulan pertama beraksi bersama gergasi Liga Turki itu.

Mengulas mengenai keputusannya untuk menamatkan karier bola sepak bersama Fenerbahce, Ozil berkata, dia sangat menghormati pengurusan kelab berkenaan yang disifatkannya sebagai sangat profesional.

Malah katanya, sikap profesional pihak pengurusan kelab berkenaan yang sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan pemain ternyata perkara yang berjaya menambat hatinya untuk terus beraksi dan menggantung but bersama Fenerbahce.

"Saya telah mengatakan sebelum ini dan kali ini saya mengulanginya. Saya tidak akan menamatkan karier bersama kelab selain Fenerbahce.

"Fokus saya ketika ini adalah untuk terus menyarung jersi kelab ini dan keputusan ini adalah muktamad,” katanya.