TONGGAK Manchester United, Harry Maguire melahirkan rasa terkejut apabila diejek penyokong England berikutan persembahannya di peringkat kelab musim lalu.
Namun bekas tonggak kental Leicester City berusia 29 tahun itu menegaskan dia tidak akan membiarkan pengalaman itu merosakkan hubungan luar biasa dengan penyokong.
Iklan
Iklan
"Saya agak terkejut, namun jika situasi tersebut berlaku lebih awal dalam karier saya, pastinya saya akan bergelut malam itu.
"Saya tahu keluarga dan rakan-rakan juga mungkin terkesan susulan tindakan segelintir penyokong tersebut.
"Bagaimanapun sejujurnya, saya mempunyai moment yang menakjubkan bersama peminat dan tidak akan membiarkan minoriti yang melakukannya semasa aksi berdepan Ivory Coast menjejaskan hubungan saya dengan penyokong England lain," katanya.
Untuk rekod, Maguire yang mengharungi kempen sengit bersama-sama Manchester United musim lalu sering dikritik apabila The Red Devils Old itu menduduki tempat keenam dalam liga dan tanpa trofi untuk satu musim lagi.
Biarpun begitu Maguire berjaya mengekalkan kepercayaan pengendali England, Gareth Southgate untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Hungary, Jerman dan Itali akhir bulan ini.