KUALA LUMPUR - Kestabilan politik dilihat menjadi punca rakyat kembali kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan kemenangan yang diperoleh menerusi beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun pada penilaian rakyat sudah kembali kepada BN, jentera parti komponen tidak boleh merasa selesa kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk memenangi hati rakyat, bagi menjamin kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
"Kekalahan PRU14 adalah satu detik hitam yang memberi pengajaran paling bernilai kepada kita. Tragedi pada tahun 2018 itu, menyaksikan perubahan landskap politik negara. Buat pertama kali selepas lebih 60 tahun mentadbir, BN gagal mengekalkan kuasa.
"Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu, dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang, bagi mengekalkan rentak kemenangan yang telah kita capai mutakhir ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Konvensyen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.
Menurut beliau, negara berada dalam fasa peralihan ke endemik dan selepas dua tahun rakyat berhari raya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun ini hari raya boleh diraikan bersama ahli keluarga tercinta.
”Maka, jaminan saya sambutan semua perayaan Keluarga Malaysia yang akan datang dapat dirayakan dengan penuh makna,” katanya.
Artikel Berkaitan