Waspada panggilan, SMS daripada 'pegawai kerajaan'

Iklan
Gambar hiasan

SEPANG - Orang ramai diingatkan agar waspada dengan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari individu atau nombor yang menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataannya memaklumkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya mendapat panggilan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Putuskan panggilan atau abaikan SMS daripada nombor telefon yang tidak dikenali, jangan ikut arahan pemanggil selain jangan dedahkan maklumat peribadi," katanya pada Rabu.

Menurutnya, orang ramai dinasihati agar menulis butiran pemanggil atau nombor SMS bagi tujuan rekod sekiranya diperlukan.

Iklan

"Laporkan kepada polis untuk tindakan," katanya.

SKMM berkata, orang ramai diminta untuk berkongsi pengalaman dengan keluarga dan rakan sebagai usaha memberi amaran dan kewaspadaan agar mereka tidak menjadi mangsa.

Iklan

"Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, segera laporkan kepada pihak polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101159 atau 03-2611599," katanya.