BN berisiko jika tangguh pembubaran Parlimen: Najib

Iklan
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berucap ketika hadir pada Konvensyen BN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun BN Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan bahawa parti itu akan berdepan risiko jika masih menangguhkan pembubaran Parlimen.

Najib berkata, perkara sama pernah dilakukan beliau yang menyaksikan sokongan kepada BN kian merosot dan akhirnya tewas buat kali pertama dalam sejarah parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Iklan
Iklan

Justeru itu, beliau tidak mahu nasib serupa menimpa BN yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada PRU15 memandangkan kerajaan sedia ada akan tamat tempohnya tahun depan.

"Bilakah PRU15 diadakan? Saya tak pasti tetapi saya nak kongsikan perkara ini buat pertama kali dan saya nak mengaku kita sepatutnya buat PRU14 selepas Sukan SEA 2017, dan kemungkinan BN boleh menang besar tetapi kita tangguh dan bila tangguh, keadaan berubah,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini, pada Rabu.

Iklan

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan pimpinan parti komponen lain.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berharap Top Five UMNO akan berunding sebaiknya dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan untuk PRU15 selain perlu memastikan Perdana Menteri dibantu untuk membuat keputusan dan pilihan tepat kerana risikonya terlalu tinggi.

Iklan

Top Five merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri. - Bernama