Lelaki terperangkap dalam bank

Iklan
Individu tersebut diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam ruang mesin ATM sebuah bank di Cheng.

MELAKA - Seorang lelaki terperangkap dalam sebuah bank menempatkan mesin pengeluaran automatik (ATM) di Cheng di sini, pada tengah malam Rabu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12.41 malam itu, lelaki berusia 51 tahun terbabit dipercayai terperangkap kira-kira selama 15 minit sebelum diselamatkan pasukan bomba Balai Bomba dan Penyelamat Cheng.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.45 tengah malam sebelum empat pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, dipercayai mangsa hendak mengeluarkan wang dan terperangkap berikutan pintu terkunci secara automatik.

Iklan

"Sejurus tiba didapati seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan ATM.

"Mangsa kemudian berjaya keluar dengan sendiri tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.06 pagi," katanya.

Iklan