Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Kapit

Iklan
Dua kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw, Nanga Sungai Semawang, Kapit, ditemukan lemas. - Foto 123rf

SIBU - Dua kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw, Nanga Sungai Semawang, Kapit, ditemukan lemas kira-kira 20 kilometer (km) dari sini pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemukan di Batang Rajang pada 7.30 pagi.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak lelaki Damien Dashlley Sedan Donny, 9, dan kanak-kanak perempuan Chelsea Charity Darrie Ricky, 10, dilaporkan hanyut dibawa arus sungai semasa mandi-manda bersama keluarga pada petang Selasa lepas, iaitu sehari sebelum perayaan Gawai Dayak.

"Damien telah dijumpai 20 meter dari Rumah Panjang Ekaw oleh ahli keluarga mangsa sendiri, manakala Chelsea dijumpai pada anggaran 20km dari Rumah Panjang Ekaw iaitu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Nanga Embuau,” katanya. - Bernama

Iklan
Iklan