SPRM buka 25 kertas siasatan perolehan berkaitan Covid-19

Iklan
Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 25 kertas siasatan terhadap perolehan berkaitan Covid-19 yang didakwa mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu dalam tempoh terdekat.

Iklan
Iklan

"Kita sedang menyiasat pelbagai isu berkaitan (pembelian dalam sektor kesihatan negara) khususnya berkaitan pengurusan Covid- 19 ketika tempoh wabak itu berlaku hingga sekarang.

"Kita tengok siapa yang terlibat termasuk keperluan untuk memanggil bekas Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) bagi membantu siasatan," katanya dalam Program Pemantapan Wartawan bersama SPRM di sini pada Khamis.

Iklan

Pada 24 Mei lalu, media laporkan siasatan yang sedang dilakukan SPRM adalah termasuk aktiviti rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan, penyalahgunaan kuasa mengalihkan bantuan dan pakej rangsangan, penipuan berkaitan peralatan perubatan dan sebagainya.

Penipuan berkaitan perubatan merangkumi pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain yang didapati palsu atau berkualiti rendah,

Iklan

Dalam kenyataan Adham sebelum ini menegaskan beliau sedia memberikan kerjasama kepada SPRM jika diperlukan.