Impian menjadi tetamu ALLAH akhirnya dimakbulkan

Iklan
Sabariah dan Amir Fariz syukur terpilih menunaikan ibadah haji selepas terpaksa menangguhkan hasrat itu pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19.

SHAH ALAM - Tiada perkataan dapat diungkapkan selain rasa syukur dan gembira apabila terpilih menunaikan ibadah haji selepas terpaksa menangguhkan hasrat melakukan rukun Islam yang kelima itu pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19.

Profesor Madya Dr Sabariah Mohamed Salleh, 42, dan suami, Dr Amir Fariz Zakaria, 42, juga menganggap ia sebagai ‘hadiah’ yang amat bermakna kepada mereka kerana dapat menunaikan ibadah haji pada usia muda tahun ini.

Iklan
Iklan

Malah Ketua Kluster Penyelidikan Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan suaminya, Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh itu teruja kerana ini merupakan kali pertama mereka ke Tanah Suci Makkah.

Mohd Farid ketika menyertai kursus anjuran Tabung Haji sebelum ini.

"Kami membuat persiapan rapi bagi memastikan perjalanan ke sana nanti berjalan dengan lancar dan kami juga akan memastikan soal kebersihan diutamakan berikutan masih terdapat kesan Covid-19 dan ketika ini penularan penyakit cacat monyet atau monkeypox.

Iklan

"Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku, namun sebagai tetamu ALLAH kami menyerahkan segala-galanya kepada-Nya dan amat berharap perjalanan ini berjalan dengan lancar nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Sabariah berkata, suaminya tidak mendapat tawaran ke Tanah Suci, namun selepas membuat rayuan dan akhirnya mendapatkan kelulusan daripada Tabung Haji sekali gus menjadikan perjalanan mereka ke Makkah lebih bermakna.

Iklan