Reman pemain bola sepak disyaki rogol remaja disambung

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.

KOTA BHARU – Tempoh tahanan reman ke atas seorang pemain bola sepak tempatan yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disambung sehari lagi sehingga Jumaat.

Perkara tersebut disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menerusi satu kenyataan ringkas kepada pihak media negeri ini pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Kita sambung sehari lagi kes reman itu bagi menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya.

Pada Selasa, media melaporkan polis menahan seorang pemain bola sepak bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.

Iklan
Iklan

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu selepas mangsa membuat laporan.