Jemaah haji dikecualikan bayaran ujian Covid-19 di fasiliti KKM

Iklan
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - Ujian pengesanan Covid-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Dilaksanakan secara percuma," katanya mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Khairy berkata, jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR.

Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih, katanya.

Iklan

Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci. - Bernama

Iklan