Ronaldo, De Bruyne kembali bersaing

Iklan
Cristiano Ronaldo (kiri), Kevin De Bruyne

PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo dan perancang Manchester City, Kevin De Bruyne dinamakan antara enam calon untuk Anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Inggeris.

De Bruyne ialah pemegang anugerah itu memenanginya dua musim terakhir, manakala Ronaldo memenangi anugerah itu sebanyak dua kali semasa tugasan pertamanya bersama Manchester United pada 2007 dan 2008.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, antara calon lain yang mengintai peluang meraih anugerah tersebut ialah Virgil van Dijk, Sadio Mane dan Mohamed Salah dari Liverpool serta Harry Kane dari Tottenham Hotspur.

Untuk rekod, De Bruyne sebelum ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk kempen 2021/22 pada Mei.

Iklan
Iklan