Terkejut jumpa sarang ular tedung

Iklan
Puluhan ular tedung ditemui di kawasan timbunan kayu lama di kebun kelapa sawit di Parit Serong Tanjong Karang di sini pada Khamis.

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja warga Pakistan terkejut apabila timbunan kayu lama di kebun kelapa sawit di Parit Serong Tanjong Karang di sini, pada Khamis rupa-rupanya sarang ular tedung.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, sebanyak dua ekor ular tedung dewasa dan 28 anak ular spesies sama ditemui di bawah timbunan sampah berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kebun pada jam 10.20 pagi Khamis.

"Seorang pegawai dan empat anggota digerakkan ke tempat kejadian dan menemui seekor ular tedung dewasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Khairul Sobri berkata, pihaknya mengambil masa selama satu jam untuk menangkap semua ular terbabit dengan menggunakan peralatan khas.

Beliau memberitahu, sebelum kejadian itu, pekerja terbabit sedang membersihkan kawasan kebun kelapa sawit.

Iklan

"Semasa membersihkan kawasan sekitar sawit, lelaki terbabit terkejut apabila menemui ular dan kemudian memaklumkan kepada pemilik tanah tentang penemuan tersebut.

"Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan semua ular itu kemudian dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan penduduk," katanya.