Vietnam berjaya hasil vaksin cegah Demam Babi Afrika

Iklan
Gambar hiasan

HANOI - Vietnam berjaya menghasilkan vaksin untuk mencegah penyakit Demam Babi Afrika (ASF), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Phung Duc Tien.

Vaksin NAVET-ASFVAC dihasilkan NAVETCO National Veterinary Joint Stock Company dan dijangka berharga antara 34,000 VND hingga 36,000 VND (US$1.47 hingga US$1.55) setiap dos, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Iklan
Iklan

Menurut Tien, meskipun lebih 4,000 kajian berkaitan virus dan pembangunan vaksin oleh saintis telah diterbitkan, belum ada vaksin komersial terhadap penyakit itu di dunia setakat ini.

Sebelum ini, tiada negara di dunia mengumumkan kejayaan pengeluaran vaksin komersial terhadap penyakit berkenaan.

Iklan

"Oleh itu, potensi untuk mengeksport vaksin yang dihasilkan di Vietnam adalah besar,” katanya. - Bernama.

Iklan