TUNIS - Presiden Tunisia, Kais Saied memecat berpuluh-puluh hakim dan menuduh mereka melakukan rasuah serta melindungi pengganas, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap semasa mesyuarat kabinet pada Rabu, Saied berkata keputusannya itu dibuat kerana mendapati hakim-hakim itu mengganggu siasatan kes pengganas, melindungi suspek pengganas, dan rasuah kewangan.