ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Gurun meningkat kepada 541 orang daripada 137 keluarga setakat pukul 9 malam ini berbanding 426 mangsa daripada 111 keluarga pada sebelah petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapt (PA) Azahar Ahmad berkata kesemua mangsa ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Surau Kampung Sungai Bongkok dan Masjid Pekan Gurun.