Beri kepercayaan kepada PM tentukan tarikh PRU15

Iklan
Shahril Sufian

SHAH ALAM - Semua pihak perlu memberikan kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Perdana Menteri juga telah memberi jaminan tidak akan melengahkan pembubaran Parlimen apabila Barisan Nasional (BN) sudah bersedia.

Iklan
Iklan

"Saya setuju, biarlah tarikh PRU jadi rahsia, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia menjadi rahsia di kalangan 'top 5' dalam UMNO dan bersama pimpinan tertinggi BN.

"Biarlah rahsia tarikh itu menjadi aset kepada BN dan bukannya dihebahkan kepada umum sehingga parti lawan juga mengetahui segala-galanya. Sudah lumrah sistem kita bahawa kerajaan memimpin dan khususnya ketua kerajaan ada kelebihan unsur kejutan tersebut.

Iklan

"Pada masa sama, beliau (Ismail Sabri) telah mengesyorkan tidak akan melengahkan pembubaran Parlimen walau sesaat setelah BN selesai bersiapsiaga. Sudah tentu perbincangan dan definisi tahap kesiapsiagaan itu akan ditentukan bersama dengan presiden parti dan kepimpinan tertinggi," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Menurutnya, persediaan juga telah diatur untuk memastikan isu kesiapsiagaan tidak menjadi masalah kepada parti dalam menghadapi PRU15.

Iklan

"Sebab itu Kursus Ejen Mengundi, Ejen Pengira dan Ejen Barong (PACABA) sudah mula berjalan. Hujung minggu ini seluruh Ketua-Ketua Penerangan Bahagian akan bermukim sebagai persediaan untuk menghadapi PRU. Itu antara perkara yang boleh dihebahkan. Banyak lagi langkah kesiapsagaan belakang tabir yang telah dan sedang dibuat.

"Kunci kesiapsagaan itu ada pada kita untuk diusahakan dan bukannya kunci itu disorok supaya sampai bila-bila pun soal kesediaan dijadikan alasan menangguh PRU.

"Kebangkitan BN juga bukan 'fakta tepi jalan' seperti didakwa. BN menang 3/4 di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menang 2/3 di PRN Johor. Benar, kita tidak boleh terlalu selesa tetapi jangan pula langsung tak yakin. Kerana fakta menggambarkan kemampuan untuk menang di PRU itu memang wujud," katanya.