Penggunaan peranti penstriman haram satu kesalahan!

Iklan
Perniagaan Shamrock Bar dan Restaurant telah meningkatkan sebanyak 15 peratus melalui Astro.

Ramai yang mungkin tidak sedar, atau dengan sengaja menggunakan peranti penstriman haram (ISD).

Penggunaan ISD menyalahi undang-undang dan dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.

Iklan
Iklan

Bagi menyedarkan masyarakat khususnya pengusaha komersial mengenai penyalahgunaan ISD, syarikat pegangan kandungan dan hiburan berbayar di Malaysia, Astro melancarkan kempen anti cetak rompak menerusi ‘Bisnes Sapot Bisnes’.

Berdasarkan tinjauan AstroBIZ pada Februari 2021 hingga Januari tahun ini, hampir 90 peratus pengusaha makanan dan minuman (F&B) menggunakan ISD di kedai masing-masing untuk mengakses kandungan sukan seperti perlawanan Liga Perdana.

Iklan

Dengan kebenaran aktiviti sukan yang kembali berkuat kuasa sepenuhnya berikutan negara kini beralih ke fasa endemik, ramai pengusaha F&B terjebak dengan peranti penstriman haram tersebut untuk menjimatkan kos tanpa perlu membayar kepada pihak yang sepatutnya.

Tindakan cetak rompak secara berleluasa akan menjejaskan keupayaan penyiar yang sah untuk terus berkhidmat kepada peminat mereka.

Iklan

Shahrul (kiri) menerima kunjungan daripada pihak Astro di Warong Jasmin Seafood.

Ini mengakibatkan kerugian besar terhadap ekonomi negara, sekali gus mengundang risiko kepada pengusaha F&B seperti hukuman denda.

Mana-mana individu atau perniagaan yang melanggar hak cipta menerusi teknologi penstriman, jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, pihak Astro menyeru pengusaha perniagaan sama-sama sertai kempen Bisnes Sapot Bisnes dengan menggunakan strim rancangan melalui saluran yang sah, bukan cetak rompak.

Menurut Ketua Bisnes Perusahaan Astro Malaysia Holdings Bhd, Kevin Ng, jenayah cetak rompak menyebabkan kerugian besar terhadap ekonomi negara, sekali gus memberi risiko ribuan individu hilang pekerjaan.

"Jika kita mahu menangani jenayah cetak rompak, pihak berkepentingan termasuk kerajaan, pengawal selia, penyiar, pemegang hak, pembekal kandungan serta perusahaan komersial perlu bersatu untuk melindungi kandungan hiburan yang sah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut katanya, kegiatan cetak rompak juga mampu memberi kesan serius terhadap kemampuan pihak penyiaran dalam meneruskan perkhidmatan, termasuk untuk peminatpeminat sukan dan perusahaan komersial.

KEVIN NG

"Kami telah melabur berbilion ringgit dalam sukan langsung dan hiburan berkualiti tinggi untuk pelanggan kerana kami tahu mereka menghargainya.

"Justeru, kami memandang serius tentang penstriman kandungan yang menyalahi undang-undang ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Kevin berkata, Astro turut bertekad meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam kempen anti cetak rompak dan mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak membanteras jenayah ini.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dalam membanteras cetak rompak.

"Kami berharap kerjasama ini mampu berkembang dan membawa kesedaran dalam kalangan pengusaha atau pemilik tempat-tempat komersial mengenai kesan penggunaan kaedah ISD,” katanya.

Ikuti pendapat pengusaha F&B tentang faedah langgan pakej komersial TV yang sah.

Operasi Secara Halal

JAWAHAR

Bagi pemilik Restoran Ali Maju Sdn Bhd, Datuk Jawahar Ali, sebagai pengusaha Muslim amat penting untuk beroperasi secara halal.

Presiden PRESMA itu juga meminta agar pengguna dan orang Islam menyokong perniagaan F&B yang melanggan pakej komersial TV yang sah kerana cetak rompak merupakan salah satu perbuatan mencuri dan haram.

"Semasa pandemik, AstroBIZ membantu ahli PRESMA menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih baik dan pilihan pembayaran yang fleksibel termasuk penggantungan akaun.

"AstroBIZ juga membangunkan pakej khas untuk ahli kami dengan menggalakkan pendaftaran dan penyambungan semula bagi membantu memulihkan perniagaan kami.

"Selain itu, AstroBIZ juga telah menganjurkan acara menonton sukan di cawangan saya, lengkap dengan sokongan pemasaran dan promosi untuk memacu pengguna,” katanya.

Saluran sukan Astro menjadi salah satu tarikan pengunjung di premis makanan dan minuman.

Sementara itu, pemilik Warong Jasmin Seafood, Shahrul Rizal sebelum ini pernah menggunakan pakej kediaman Astro sejak dua tahun lalu di outletnya.

Beliau tidak menyedari ia menyalahi undang-undang sehinggalah dimaklumkan oleh kakitangan jualan AstroBIZ.

"Saya segera menukar kepada pakej komersial. Walaupun harga lebih tinggi sedikit, tetapi ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan kerana saya ingin memastikan perniagaan saya sah.

"Kandungan sukan penting kerana kami beroperasi sehingga jam 3 pagi. Pelanggan datang kerana mereka nak tonton bola sepak.

"Saya mahu mempunyai kandungan yang betul supaya mereka duduk lebih lama dan memesan lebih banyak makanan dan minuman.

"Memandangkan banyak acara sukan tahun ini, saya berharap dapat mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Pengurus Shamrock Bar dan Restaurant, Parvinderjeet Singh pula mempersoalkan individu yang menggunakan saluran cetak rompak kerana jelas menyalahi undang-undang.

"Perniagaan komersial yang melanggan pakej TV sah seperti Astro berperanan memastikan kami sentiasa mempunyai kandungan terbaik untuk pelanggan kami.

"Jadi, sokonglah industri kandungan atau kita mungkin tidak mempunyai Liga Perdana di Malaysia lagi,” tegasnya.

Sila imbas kod QR dan tonton video khas Bisnes Sapot Bisnes.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak Astro kerana perniagaannya telah meningkat sebanyak 15 peratus.

"Saya ingin memastikan peminat sukan berpuas hati dan Astro adalah satu-satunya perkhidmatan yang mampu memberi pengalaman itu serta mesra pelanggan.

"Jika saya menghadapi masalah, saya hanya menghubungi pusat panggilan mereka untuk mendapat perkhidmatan yang diperlukan,” ujarnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang AstroBIZ dan pakej-pakej TV yang menarik dan mampu milik, layari https://business.astro.com.my/.

Saksikan video Bisnes Sapot Bisnes di pautan: https://www.youtube.com/watch?v=ktbdTFF-t0I