Santos pertahan tindakan tidak turunkan Ronaldo

Iklan
Cristiano Ronaldo - Foto Reuters

PENGENDALI Portugal, Fernando Santos mempertahankan tindakannya tidak menyenaraikan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama ketika berdepan Sepanyol pada saingan Kumpulan B, Liga Negara-Negara UEFA di Stadium Benito Villamarin, pada Jumaat.

Menurut Santos, tindakannya itu sebenarnya merupakan percaturan taktikal terhadap skuad A Selecao yang diharapkan mampu melakar kejayaan yang diharap-harapkan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak membuat keputusan itu (tidak menurunkan Ronaldo), kerana ia adalah sebahagian daripada taktikal yang cuba dipraktikkan bersama pasukan ini.

"Tetapi ramai (peminat) yang mempersoalkan tindakan saya itu. Ya, saya faham, tetapi selaku jurulatih saya rasa ia merupakan keputusan terbaik bagi mengharungi perlawanan itu.

Iklan

"Malah secara keseluruhannya, ia langsung tidak ada kena mengena dengan kredibiliti yang dimiliki Ronaldo,” katanya.

Pada aksi berkenaan, Alvaro Morata membuka jaringan buat Sepanyol pada minit ke-25 sebelum pemain gantian, Ricardo Horta menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Iklan

Sementara itu, Santos berkata, skuad kendaliannya itu sewajarnya memenangi perlawanan berkenaan berdasarkan kepada aksi yang dipersembahkan pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun katanya, benteng pertahanan skuad La Roja dilihat beraksi dengan baik bagi menggagalkan asakan-asakan yang dilancarkan.

"Kami beraksi lebih baik pada separuh masa kedua dan saya percaya, kami mampu menjaringkan lebih banyak gol bagi memastikan kemenangan pasukan.

"Namun perkara itu tidak berlaku dan kami tetap berpuas hati,” katanya.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, Republik Czech menang 1-0 ke atas Switzerland di Eden Arena.