Benih Padi

Iklan
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim (duduk) meninjau pokok padi yang diusahakan penduduk pada Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 sempena sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kampung Kubang Tangga.

Turut sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Noor Azman Hassan (tengah). Mosti menerusi Agensi Nuklear Malaysia menyumbang 200 beg benih padi IS21 kepada 50 pesawah Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Terengganu sebagai platform tanggungjawab sosial korporat.

Benih tersebut merupakan antara kajian terbaik biak baka mutasi yang mempunyai ciri-ciri agronomi yang diperlukan dalam industri padi negara. Benih padi itu juga mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering merugikan pesawah. - Foto Bernama