Jual Konsulat Hong Kong: Najib mahu respons Guan Eng dahulu

Iklan
Najib - Foto Sinar Harian Sharifuddin Abdul Rahim

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi maklum balas terhadap dakwaan kerajaan BN menjual bangunan konsulat di Hong Kong.

Najib menegaskan, beliau hanya akan menjawab isu itu selepas Guan Eng memberikan respons balas.

Iklan
Iklan

"Guan Eng mesti komen dulu, tak kan lah kita saja nak komen. Saya tahu apa yang kami (BN dah buat), saya boleh komen tapi beliau (Guan Eng) mesti respon dulu.

"Lepas Guan Eng komen, saya akan jawab dan saya akan dapatkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk menjelaskannya,” kata Ahli Parlimen Pekan itu ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan

Dua hari lalu, di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan mendedahkan, Najib bertanggungjawab meluluskan penjualan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong.

"Saya ingin memaklumkan kepada Najib bahawa keputusan menjual bangunan Konsulat di Hong Kong dilakukannya sendiri semasa pentadbiran BN. Surat tawaran itu dikeluarkan olehnya.

Iklan

"Keputusan itu dibuatnya sebelum 9 Mei 2018... tetapi keputusan dibuat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion” katanya.

Sebelum itu, Najib menyuarakan kebimbangan mengenai laporan media bahawa kerajaan ingin menjual menara pejabat 28 tingkat yang dimilikinya di Hong Kong.