E-Sukan PUBG

Iklan
Peminat sukan elektronik (e-sport) tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan aplikasi permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Terengganu 2022 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu hari ini.

Program Jelajah AKM Terengganu yang diadakan bermula hari ini hingga Sabtu ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di 14 lokasi di seluruh negara dengan pengisian program berbentuk perkhidmatan kepada rakyat. - Foto Bernama