PUCHONG - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya merempuh tembok konkrit di sebuah plaza tol di kilometer (km) 30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera bersama anggota serta pegawai dari Balai Bomba Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang.