KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih menara komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah di Negeri Sembilan yang musnah dalam kebakaran pada Sabtu lepas masih dilaksana, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
SKMM dalam kenyataan memaklumkan, semua penyedia perkhidmatan komunikasi di menara itu telah mengaktifkan Kenderaan Komunikasi Mudah Alih (MCV) dan Stesen Penghantar-Terima Asas Mudah Alih (PBTS) ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan masing-masing sehingga kerja baik pulih siap sepenuhnya.